Sesat sampai ke Alor Gajah.
Ok sebab engko ni manusia maha degil aku cerita kan pasal semalam, jumaat 22/1/2016. Pukul 9 pagi aku keluar rumah dengan the girls sebab nak pergi campus dekat graha. Dalam 10 minit tunggu bas college tak muncul, apa lagi buat keputusan naik bas panorama la. Lintas pergi mydin, tunggu bas.
Sebelum bas sampai, kitorang pergi makan dekat bistro yang berhadapan dengan Mydin Ayer Keroh. A few minutes lepas aku bayar makan, bas sampai ob the spot. Nasib baik! Dalam setengah jam juga baru sampai Melaka Central. Sejuk weh dalam bas sampai tertidur-tidur. Lepas tu, kitorang naik bas lagi satu yang stop depan asrama lama kitorang that known as AYAM (Asrama Yayasan Melaka) Popular tak popular la jugak ayam ni. Dah settle hal dekat campus, while waiting for sir Hasbullah.
Aku pun mengambil kesempatan pergi cimb bank & maybank nak try customer service. Pung pang pung pang, pukul 2. Setengah jam menunggu sir yang baru lepas solat jumaat. Kitorang makan dekat cafe apa benda entah nama dia yang depan pizza. Sambil menunggu tu, kitorang ngap chocolate indulgence. Sedap bhai sebijik rasa secret recipe juga. Tak expect sir belanja kitorang 6 orang, rasa thankful gila plus rasa bersalah heee. Tapi dah sir kata nak belanja, so nak cakap apa lagi. Lepas date dengan sir, kitorang pergi Aeon Mall. Beli barang dapur.
Aku tak faham ramai gila orang kat sana even though it was a weekday. Berkesempatan beli pretzel almond caramel (top favorite pretzel) dengan cool blog vanilla smoothies top with green apple jelly, omg vanilla perisa kesukaanku. Lepas tu kitorang pergi MC naik bas nak pergi balik rumah dekat area Mydin Ayer Keroh tu. Mengantuk punya fasal, bas terus meluncur laju menuju ke Alor Gajah. Dah lah masa tu dah nak maghrib. Kitorang dah start takut cuak semua ada. Jauh weh aku siap tengok peta ni. The girls yang lagi 5 orang dah serabut takut gila.
Aku suruh "Lek lek lek, jangan takut.." padahal dalam hati takut jugak kurkur hahahaha. Tanya orang tu tanya orang ni kat station bas Alor Gajah. Nasib baik ada satu pakcik bas ni bagi jalan penyelesaian. Lepas pukul 9 ada LAST BUS pergi MC. Kitorang naik lah. Nasib baik weh, kalau tak memang berkampung kitorang dekat Alor Gajah. Pakcik bas yang bawa pergi MC ni kan bapak best gila dia bawak laju sungguh sebab dia nak hantar kitorang. Dia pastikan kitorang sampai before pukul 9.30 dekat MC.
Akhirnya, sampai juga dekat MC, then kitorang naik bas elektrik yang pergi ke Ayer Keroh. Kitorang buat bas tu macam bas ini aku yang punya. Macam budak mabuk pun ada aku rasa masa tu. Gila weh masa tu. Pastu kan, Mira dia tertinggal barang dapur dekat MC. Takpe la takde rezeki nak masak ayam. Then ada la benda lawak masa tu kitorang buat. Sakit perut gelak. Last destination, pakcik bas tu stop betul-betul dekat dengan rumah kitorang.
Kitorang say thanks then babaiiiii pakcik bas tu pun babaiiii balik sumpah comel gila masa tu. Nak cerita lagi detailed tapi takut panjang sangat, ni pun dah panjang nak mampos. Jenuh korang yang baca. Bosan kan entry kali ni Tula kau ni memang spesis homosapien yang degil betul nak sangat baca kan. Aku lempang kang haaa. ok la bye.
Comments
Post a Comment