Bizcamp family(BCF): Part 3.
Bersambung...
Hari kelapan. Jumaat 13/2/2015: Tugasan
Hari kelapan. Jumaat 13/2/2015: Tugasan
Pagi-pagi pukul berapa entah, semua berkumpul dekat villa semula. Coach bagi talks.. After that nak dekat tengah hari, coach ajak makan.. lepas makan, the boys semua pergi sembahyang jumaat. Aku lepas habis solat, terus tidur..
Pukul 3 or 4 petang macam tu, Amani kejut suruh gerak pergi dewan.. So aku pun rushing pakai tudung apa semua gerak dewan.. Tengok-tengok dorang semua dah berkumpul.. Okay first thing, kitorang main cash games.. Tengah-tengah main cash games, atokmak maryam sampai.. So lepas hug-hug semua we say good bye to Maryam.
And after that, coach kata esok hari sabtu ada satu event.. Majlis mesyuarat guru. So kitorang kena handle event ni..
Coach lantik Andi as ketua.. then, Andi started bahagi tugas apa semua.. And dia pilih aku jadi ketua keceriaan.. Masa tu aku dah macam "WHAT????! Takkan aku?" *dalam hati..* Lepas tu.. aku pun macam.. "Erm okayy laaa.. bila lagi an nak merasa pengalaman macam ni.." Okay girls and boy, mengumumkan Syaf as ketua keceriaan uolls hahah.. Actually aku ni bukannya pandai sangat pun menceriakan kelas ke apa. Tapi aku cuba jugak!!
Petang tu, susun-susun meja apa semua.. And nak dekat maghrib, Aku, Amani, Haikal, Ash dengan Hakim keluar pergi shopping barang hiasan apa semua.. Dari pukul 6 petang balik DRTC pukul 9 malam. Haaaa kau rasaaa? Berapa jam kitorang keluar semata-mata nak cari barang hiasan..
Banyak tempat kitorang redah.. And masa dekat borong store ni, Aku dengan Amani rambang mata kot, tak tahu nak pilih apa. Aku dah rasa macam nak give up sangat-sangat dan rasa macam nak menangis masa tuuu jugak!! Lepas tu, Hakim dengan Haikal tolong kitorang buat keputusan. Haishh susah weh jadi design-design semua ni.. Haha tapi.. demi event esok, aku kuatkan semangat!! Ecehh gitu ye syaf hahahah.
Sampai villa, tengok semua dalam dewan.. Aku rasa nak lari je masuk bilik masa tu.. Tapi, tak baik pulak, orang kat dewan aku lak masuk bilik an.... ((ELEH PADAHAL PENAKUT SORANG-SORANG)) Hehehe, aku pun gerak ah masuk dewan.. Dorang semua tengah main cash games..
Masa tuuuu aku rasa nak jerit jee "Apesaaaaaaal kena main cash games doh, aku dah penat ni rasa nak pengsan.." tapi aku mampu monolog dalam hati je masa tu. Last-last join jugak main cash games tu..
TEPAT pukul 12 malam ye, 12 MALAM!! Baru settle main cash games.. Before tu, aku pergi melantak dengan Amani makan.. Lapar gila, masa tu pulak ada ayam masak merah nikmatnyaaa ya Allah dapat melantak..
Tengah dok happy happy melantak, Kerol, Andi dengan Syafiq datang join semeja.. bincang pasal benda alah tulaaaa. huishh..
Dah makan apa semua, gerak dewan start hias dewan... Yang lelaki semua dah gila-gila dok menari, selfie bagai. lepas tu.. Aku dah cemas gila sebab jam dah pukul 3 lebih.. Hiasan dewan belum siap lagi.. Aku rasa nak menangis wehhhh tapi dalam hati je laaa. Luar watlek watcool je.. Hmm..
At last, Andi, Kerol, Haikal, Iskandar, Amani tolong hias dewan.. Phewww.. Finally!! Alhamdulillah everythings done! Pukul 4 pagi, masa untuk tidur..
Hari kesembilan, Sabtu 14/2/2015: Party ke?
Tepat 7.00 pagi bangun get ready.. Tengok kat bawah semua dah siap-siap tengah masak apa semua.. Aku pun gerak pergi dewan, tengok meja pendaftaran..
Lepas tu, ada masa sikit aku nak buat dadih.. tetiba pula dorang kata bekas dadih takde. Aku dah tepuk dahi masa tu.. Then decide nak gerak pergi beli barang dengan Haikal.
hari ni, Abang Zaki, Ash dengan Doktor Afiq dia ada hal dengan coach. Dorang pergi Johor buat apa entah aku not sure. Kkk sambung balik..
Lepas tu, ada masa sikit aku nak buat dadih.. tetiba pula dorang kata bekas dadih takde. Aku dah tepuk dahi masa tu.. Then decide nak gerak pergi beli barang dengan Haikal.
hari ni, Abang Zaki, Ash dengan Doktor Afiq dia ada hal dengan coach. Dorang pergi Johor buat apa entah aku not sure. Kkk sambung balik..
Pastu masa on the way nak pergi kereta, BOOOMMM!! Tah macam mana entah bunyi dia. Ada accident, masa aku & haikal on the way nak jumpa Andi kat depan.. TERKEJUT aku. Serious doh, tak pasal-pasal aku pula yang trauma tengok benda tu jadi depan mata. Abang accident yang naik motor tu patah kaki.. Motor dia pun boleh tahan tercabut sana sini. Heshhh!! Rasa macam nak tergugur jantung aku.. Pastu end up aku gerak beli bekas dadih and ais dengan khairul.
MAJLIS SETTLE! Masa cikgu-cikgu nak balik, aku and the geng pakat jual dadih. Alhamdulillah habis!! Actually aku pun bedal makan dadih masa tengah menjual hahahah hello bukan aku je, dorang pun sama siap cop dadih.. hadoi.
Habis je event tu, aku masuk dorm.. Tidur!
Nak dekat maghrib terjaga, mandi apa semua.. lepas tu coach called takde kelas.. So the geng pun plan buat kira macam party makan dominos!! Walawehh aku masuk dewan je tetiba ada dominos atas meja, apa lagi aku bedal la. Karaoke la apa lah semua.. Aku pun mcm malas nak karok, pergi lari baring main handphone kat luar pastu borak-borak pasal study apa semua bagai dengan someone..
Lepas tu plan nak tengok movie hantu. Perghhh before dorang start, aku suruh stop kejap..
Aku cakap "Wehhhh teman aku pergi tandas......"
Lepas tu semua macam.. "Eleeehhhh takut leteeeww..."
Aku reply "Heheheh mane adeeee.."
Dah buat hajat ramai-ramai kat dorm, aku ambil selimut bantal bagai bawak pergi dewan..
Masa tengah tengok movie tu memang macam-macam perangai ada, ada yang terkejut sambil terpeluk laa apa laa HAHAHAHAHAHAHAH sengal betul!! Takleh lupalah kenangan ni aishhh..
End up, Yang the girls semua dah balik, tinggal aku dengan Amani je perempuan.. Yang lain semua the boys dah terbongkang tu haa. Kata je nak tengok movie.. last-last separuh jalan. Pastu if i'm not mistaken la, Abang Zaki, Abang Syafiq dengan Hakim layan cerita jepun.. Aku pun sambung tidur balik.. Around pukul 3 Amani kejut suruh masuk dorm tidur..
Abang syafiq teman kitorang balik dorm.. Nawww sweet tak abang kitorang? Hahah the boys yang dok terbongkang lagi tu, aku pun not sure dorang balik dorm ke tak malam tu..
Hari kesepuluh. Ahad 15/2/2015: Ucapkanlah!
Pukul 8.30pagi, bangun sarapan apa semua. Baju semua aku dah siap packed dalam bag! Sedih sangat masa packed baju tu. Hmm.. Lepas tu, aku gerak dewan.. Coach dah ada..
At the end of the class, coach cakap "Syaf, saya bagi penghormatan kat awak untuk jadi orang pertama buat ucapan .."
Aku dah macam "Whatttttt?!" *terkebil-kebil..
Apa mende tah aku merepek kat depan tu aku pun tak tahu.. Bila ada the geng tengah berucap, aku lari masuk satu bilik.. aku dah rasa nak menangis dah masa tu. After a few minutes, aku dok pandang je dorang sambil berdiri kat pintu bilik tu.. Hmmm...
Then, puan Awin nampak aku berdiri, dia peluk.... rasa sedih gila dooo!! Takleh cover..
Dah habis tu semua coach ajak makan tengahari.. masa nak keluar dewan... Aku borak-borak jap dengan coach.. Pastu buat keputusan sehabis mungkin.. Masa tengah makan, Syafiq pujuk-pujuk bagai.. pastu aku cakap "Aku rasa, aku macam tak jadi balik KL laaa weh .." hehehehe....
AND AT THE END OF THE DAY, semua member tak jadi balik kecuali Doktor Afiq dengan Halim. Aku rasa macam nak cepuk je sorang-sorang sbb buat keputusan last minutes.. aku pun sama actually rasa nak cepuk diri sendiri masa tu hahahahah..
Dah habis makan solat apa semua, kitorang semua lepak dewan.. Karaoke lagi....
Tengah syok menyanyi, abang Zaki pula nak gerak balik. Aku dengan Amani pun babai abang Zaki sampai motor abang Zaki sudah jauh dari sudut pandanganku.. Pergh sakainya ayat hahahah!!
Tengah syok menyanyi, abang Zaki pula nak gerak balik. Aku dengan Amani pun babai abang Zaki sampai motor abang Zaki sudah jauh dari sudut pandanganku.. Pergh sakainya ayat hahahah!!
Petang tu, coach dengan puan Awin panggil aku dengan Amani.. mula-mula mereka berdua minta tolong masak makan malam.. Aku macam... "Boleeeh je.." Borak-borak punya borak, last-last coach ajak aku dgn Amani pergi makan ABC. Masa nak on the way pergi tu, aku nampak syafiq keluar dorm.. then aku suruh dia ajak member-member lelaki yang lain yang tengah enak buat taik mata join kitorang makan ABC..
Then, sempat lah bincang ramai-ramai pasal kem motivasi yang akan diadakan dekat DRC villa esok pagi..
Dipendekkan cerita. Malam tu kitorang ramai-ramai meeting. Ash bahagi-bahagi tugas apa semua.. dekat dewan, ada yang belajar step menari poco-poco apa semua... Then dah lewat malam, kitorang balik dorm..
And, malam tu jugak.. Aku, Amani, Iskandar dengan Abang Syafiq gerak pergi Pantai Leka makan-makan minum-minum.. Ramai lagi orang rupanya kat sana.. Dah nak dekat pukul 1 lebih baru kitorang balik..
Hari kesebelas. Isnin, 16/2/2015: Pengalaman.
Tepat pukul 6.30 pagi, kitorang semua dah siap-siap get ready bawa beg apa semua gerak Villa DRC.
Ya, kitorang tolong coach jadi fasilitator untuk kem Motivasi..
Sampai je villa, aku tengok ada ramai gila students berbaju sukan sekolah. Ingatkan ada sukantara! EH!?? Hhahah merepek.. Bagi aku memang best sebenarnya handle event sekolah ni. Banyak pengalaman yang kita boleh belajar. Aku kena handle group 4, THE PERFECT 10. Actually aku yang bagi idea kat budak-budak ni reka nama tu. Huhuhu.. dia orang memang sporting gila.
Petang tu, mereka semua kena bina menara impian. At the same time, aku pun buat kerja sambilan jadi photographer tah apa-apa. Hahah, bedal laaa. Tengok semangat dorang, really impressive. Last-last coach bagi peluang kedua bina benda tu semula, dah nak jadi dah.. but then FAILED again! Dah tinggi dah masa tu, cuma tak pecah rekod budak sekolah rendah..
Sekali, dorang semua kena basuh kaw-kaw punya dengan coach + abang abang fasi mereka. Ha padan muka engkorang haha.
After that, berpecah kumpulan.. Masa ni, merupakan aktiviti meluahkan perasaan. Group aku and Kak Tia ni mula-mula pendiam gila-gila. Last-last after aku approach dorang untuk bercakap, sekali dorang yang over. Nak dekat maghrib tu. Syafiq datang buat isyarat then cakap "Syaf, habis masa.."
And aku pun cakap.. "Alaaaaaaa, baru je nak lepak-lepak dengan adik-adik.." Budak-budak group aku semua dah macam.. "Laaa kak syafffff *6harkat*". Last-last aku pujuk dorang semua berkumpul balik..
Lepas maghrib, aku, Kak Tia, Amani, Kak dayah, Maryam, Shud, abang Syafiq, dengan Iskandar lepak bakar otak-otak sambil menyanyi guna speaker ninonino amende tah tu hahahah, sakainya perangai kitorang.. :p
Then, lepas aku mandi keluar dari bilik air.. Tetiba Amani kata "Syaf.. jom balik. Dorang semua nak balik dah.." Aku pun apa lagi, rushing ah pakai tudung apa semua..
Mula-mula plan nak balik, then aku, Amani, iskandar dengan abang Syafiq satu kereta patah balik jalan ke Batu Pahat. Aku ingat abang Syafiq ni nak main ronda-ronda. Rupanya ajak dinner kat satu restoran ni.. Memang the best ah malam tu punya order set makanan. Lagi-lagi iskandar dia siap order lebih-lebih hahahah!! Gelak-gelak, story the morry bagai..
Dah makan apa semua, kitorang pun balik ah. Aku dah mengantuk tahap monyet masa tu.. Sampai dorm, tengok ada member tengah belajar step menari.. Aku tak peduli, terus baring..
Tengah syok main handphone.. bunyi "Vrooommm!!" Dapat whatsapp text, abang Syafiq gerak DRC. Cisssss TAK GUNA AKU NAK IKUT WOI! hajat nak main bola berapi tidak kesampaian cisss.. Lama-lama tertidur sendiri....
Tengah syok main handphone.. bunyi "Vrooommm!!" Dapat whatsapp text, abang Syafiq gerak DRC. Cisssss TAK GUNA AKU NAK IKUT WOI! hajat nak main bola berapi tidak kesampaian cisss.. Lama-lama tertidur sendiri....
Hari keduabelas. Selasa, 17/2/2015: Macam biasa
If I'm not mistaken, pukul 8 lebih ke berapa entah baru bangun.. Ish ishh anak dara ni. Hahah.. Dah breakfast apa semua, bawa beg turun letak kat dalam chalet belakang dorm.. Sebab nanti ada budak-budak baru nak masuk.
Tengah hari tu, kemas dewan apa semua.. (Masa ni mesin vacuum tercabut doh!! Sebab aku terlangkah puiii aku pun buat-buat tak bersalah HAHAHAHAH malu mak!!) lepas tu borak-borak dengan coach. Ni kira macam buat kesimpulan pasal kem motivasi semalam la..
Tepat pukul 3, ada tiga buah bas sampai.. Terkezut mak! Okay lagi sekali kami the bizcamp families kena jadi fasilitator..
I'd still remember, masa aku masuk dewan guna pintu belakang.. Masa tu, ustaz Nizar tengah perkenalkan diri.. Then "Haa tuuu akak yang pegang camera tu, _____ syafiq. (Aku lupa ustaz cakap apa) nama dia Kak Syaf.." Sederet semua satu dewan pandang.. Aku dah blur masa tu, apahal pulak ni ann.. tetiba ada budak sengal ni dia cakap kuat-kuat "Ohh tu isteri abang tu(Syafiq)..!!" Ustaz dah senyum-senyum.. Aku macam "KEPALA HOTAK KAU LAA BUDAK MONYET!!" Pastu satu dewan gelak. Then Syafiq panggil budak yang cakap tu datang depan.. mula la si Syafiq nak kenakan budak tu balik.. That kid muka dia lawak gila bhai HAHAHAHAH.. Tergelak-gelak semua orang dalam dewan masa tu.. Uishh aku start la muka nak merah-merah sebab tak tahan gelak.
I'd still remember, masa aku masuk dewan guna pintu belakang.. Masa tu, ustaz Nizar tengah perkenalkan diri.. Then "Haa tuuu akak yang pegang camera tu, _____ syafiq. (Aku lupa ustaz cakap apa) nama dia Kak Syaf.." Sederet semua satu dewan pandang.. Aku dah blur masa tu, apahal pulak ni ann.. tetiba ada budak sengal ni dia cakap kuat-kuat "Ohh tu isteri abang tu(Syafiq)..!!" Ustaz dah senyum-senyum.. Aku macam "KEPALA HOTAK KAU LAA BUDAK MONYET!!" Pastu satu dewan gelak. Then Syafiq panggil budak yang cakap tu datang depan.. mula la si Syafiq nak kenakan budak tu balik.. That kid muka dia lawak gila bhai HAHAHAHAH.. Tergelak-gelak semua orang dalam dewan masa tu.. Uishh aku start la muka nak merah-merah sebab tak tahan gelak.
Malam tu, kitorang ada free time. Haikal, Amani dengan aku pergi Bandar Muar sebab nak ambil Halim kat stesen bas.. Lepas tu, Abang Syafiq, Iskandar dengan kak Dayah follow dari belakang. Kitorang singgah dekat dataran..
Borak-borak dengan satu pakcik tu, and then aku pun mengambil kesempatan beli dengan main belon air yang besar-besar tu.. Tengah syok main belon air tu, tetiba ada orang tu cakap "Ko ingat ko princess???" Puihhh hahahahah nak je aku debik si Iskandar ni..
And after that, kitorang jumpa member si haikal, last-last kitorang pergi makan dekat Restoran Hard Rock amende entah.. Tengah-tengah makan.. Maryam, syafiq, kerol, hakim, fakhrul dengan Andi sampai..
Bila dah makan-makan borak-borak apa semua.. kitorang pun balik lah.
Bila kereta haikal dah sampai drtc, tengok-tengok kereta kerol takde.. Haikal buat keputusan ajak keluar pergi pantai leka. Aku pun okayyyy bedal jela sbb bukan aku yang drive...
Dah ronda-ronda apa semua, kitorang balik drtc semula.. Masa sampai, gate semua dah siap berkunci.. LOLed!!
Malam tu kitorang the girls, bentang tilam kat bawah pastu tido ramai-ramai. Even though bilik tu kecik, tapi muatlah untuk puteri-puteri yang cantik-cantik belaka beradu hahahah eww geli bulu hidung aku dengar HAHAHAAHAHAH..
Hari terakhir. Rabu, 18/2/2015: Balik..
Pagi tu, student motivasi ni semua kena redah paya bakau.. Before that, kitorang ahli fasilitator yang agak gila suruh budak-budak tu, kutip taik lembu as barang amanah la, suruh menyanyi la, menari la. Hahahah!! Macam-macam.. kitorang pun sempat jugak wefie ramai-ramai baring atas jalan apa semua.
Aku pun merasa jugak meredah paya bakau, without wearing any shoes. Kaki ayam je noks!! Memang perit jugak rasa kaki masa tu..
AND FINALLY, The Vamps group dapat keluar dengan jayanya.. Macam-macam karenah dorang ni, telur pecah la.. "Kak syaf, tolongggg!! Kitorang tak dapat jumpa siput lagi niiii caneee??" Aku gelak je tengok perangai dorang ni aishh hahah..
Dah habis apa semua, bizcampers semua lepak relaks atas jambatan kayu.. while tunggu budak-budak buat menara impian..
Aku dengan amani gerak masuk bilik dulu.. Sambil-sambil si Amani tengah kemas barang, aku lari pergi mandi kat dalam toilet dorm..
FRESH!! Hahahah, sedar tak sedar lepas aku packed baju apa semua dalam beg.. Aku terTIDUR. Lama pulak tu.. Pukul berapa entah ada orang kejut suruh gerak pergi berkumpul kat dalam villa. Masa aku otw villa tu aku perhati macam sunyi jeee suasana.. Hmm budak-budak semua dah balik rupanya, takpat nak hug group aku.. haih..
Petang itu.. semua sedih masa buat ucapan. Kerol buat emo lak, aku dah tak reti nak cover, meleleh air mata masa tu. Last-last coach peluk diaaa. Nawww..
Gambar ni aku cilok kat ig kerol hahah padan muka dia. Sweet ann coach.. alololo bucuk bucuk kerol si anjee coach HAHAHAHAH!!
Then, masa Amani nak balik dulu.. Aku dah tak tahan gila-gila. Kitorang berdua lari pergi belakang peluk pastu menangis sama-sama. Sedih sangat wehhh masa tu.. Haihhh rindu sangat.
Last sekali, kitorang semua bergambar apa semua dengan coach..
Nak balik dah, angkut beg masuk dalam kereta kerol.. Before gerak KL kitorang singgah rumah Hakim.. Hmm nak lepas hantar hakim.. awan mendung pula masa nak keluar highway.. Aku dengan kerol menyanyi lagu Hey Ladies masa tu dalam kereta. SEKALI hujan lebat.. LULZ hahahahah!!
Kitorang semua, aku, Ash, Kerol, Maryam, Halim, abang Syafiq dengan Iskandar singgah R&R Seremban dinner ramai-ramai.. then masa dekat the mines.. Kitorang berpecah! Aku dengan Maryam naik kereta abang Syafiq pula. Dia lah yang hantar aku sampai rumah.. so have to say Good bye again.. Hmm..
PENUTUP
Banyak sangat pengalaman yang aku dapat dari bizcamp kali ke- 2 ni. Kawan-kawan semua satu kepala macam aku even though kitorang berbeza umur.
THE BIZFRIENDSHIP FAMILY
Doktor Afiq, Ash, Khairul, Andi, Syafiq(besar), Iskandar, Halim, arwah Syafiq(kecik), Hakim, Fakhrul, Kak Fathiah, Kak Dayah, Amani, Maryam, Shud.. and lastly me Syaf.
Dari sini terjalinlah sebuah persahabatan yang aku TAK expect langsung from the first day we had met. Sampai sekarang aku masih tak percaya lagi yang "cerita kita" ni akan wujud dalam hidup aku. Betul lah ustaz kata.. "Awak semua telah ditakdirkan untuk berjumpa..." First-first aku pun tak tahu apa benda yang ustaz Nizar cakap pasal ni..
Dan sekarang, aku dah faham sendiri..
Semoga kita semua berjaya menjadi jutawan yang berjaya kawan-kawan. Dan, semoga persahabatan kita semua akan sentiasa diberkati oleh Allah swt dan semoga ukhwah ini sentiasa terjalin rapat even though kita semua jauh-jauh.. Bak kata pepatah Jauh dimata, tapi dekat dihati.. Ceh gituu hehehe. Sayang awak semua..
Al fatihah buat arwah Muhammad Nurshafiq bin Idris.
(3/11/1997 - 31/3/2015)
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu wahai sahabatku..
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

























Comments
Post a Comment