Bizcamp family(BCF): Part 2.

Bersambung...


Hari kelima. Selasa 10/2/2015: Sibuk

Hari ni, coach ajak semua orang tangkap ayam kampung.. perghh!! Best gila wehh, memang kelakar yang amat bila ingat balik.. Lepas tangkap ayam, sembelih ayam pula. Seeee, banyakkan pengalaman yang kitorang dapat dari bizcamp ni..



Masa tu jugak.. Abang Hassan, Boss dengan chef Rusly sampai!! Big brother dah sampai jumpa-jumpa kitorang borak sampai kesudah..






Petang tu, aku dengan Maryam follow puan Awin dengan mak pergi pasar beli bahan-bahan untuk buat nasi ayam.. Lepas dah borong satu kedai, kitorang gerak DRTC. Heyyy rindu gila bakhang!!





"Syaf kau ni nak pergi berperang ke apa..?"-someone, LOL haha

Sampai je sana, ada Andi, Abang Syafiq, Haikal dengan Halim.. dorang tengah buat apa tah. Then dorang kata dorang nampak ada biawak gergasi. Lulz, aku mcm tak percaya. Last-last dorang tunjuk gambar..

Lepas tu, aku teringat ABC!! Aku dengan Maryam apa lagi, gerak lah pergi gerai ABC. Lepas tu, the boys pun follow join sekali. Memang terbaek kawkaw makcik tu punya ABC! Dah lewat petang, barulah kitorang balik villa DRC semula.




Dah bersihkan diri, solat maghrib semua.. Pergi dapur tengok dorang semua tengah setting bbq. Memang bestlahh, dapat makan ayam bbq, hotdog bagai.. malam sikit, haikal main gitar menyanyi ramai-ramai di bawah langit bertaburan bintang..





Around pukul 1 pagi tu, nak masuk tidur tetiba nampak ada orang-orang tgh piknik tgh padang sebelah reban kambing.. Dia lambai-lambai.. Rupanyaaa.. chef Rusly, abang Zaki, boss dengan Abang Hassan.. Dorang bawak bantal bantal letak kat padang tu..



Aku dengan Amani join sekaki!! Kitorang share-share story... Memang best laaa lepak dengan dorang big brother..



Lepas tu, chef rusly suruh masuk tidur.. Yelah sebab esok kitorang kena bangun awal masak nasi arab... GOOD NIGHT!

Hari keenam. Rabu 11/2/2015: Menjaja

Tepat pukul 4pagi, aku dah kena kejut.. Adoiiii!! Pakai tudung apa semua pergi belakang tengok ada yang tengah bakar ayam, ada yang tgh potong sayur. Aku pun join Kerol, Hakim & Syafiq potong sayur. Banyak gila bhai sayur tomato tu semua..

Dah settle sayur tu, aku pun pergi tengok mak & ayah tengah menumis nasi arab.. Bila dah siap menumis tu, aku pun apa lagi!! LARI masuk bilik tidoooo!! Pukul 7 pagi, Amani kejut.. "Syaf bangun syafff!! Dah pukul 7!! Semua orang dah gerak pergi pasar.. Aku dengan lintang pukang lari-lari lah mandi siap cepat-cepat..

Tepat 7.30 pagi, aku, Amani, halim gerak pergi pasar dengan Abang hassan..





Sampai je pasar pagi.. Ramai sungguh orang weh.. Start jual-menjual.. air, nasi arab, baju kemeja, boots, hand bags dan banyak lagi. Pukul 10.30 pagi  aku pergi menjaja dadih dengan si Haikal, and finally!! We did it haikal!! Hahah.. akhirnya habis juga dadih yang kitorang bawa jaja..







Pukul 12.30 lebih tak silap, memang time tu PROMOSI gila-gila coach buat.. Dah habis semua tu, kitorang pun angkut barang-barang balik villa.. naik lori hahahah!! Macam roller coaster doh.





Sampai je aku kat bilik.. Mandi-mandi bersihkan diri, pakai baju pakai seluar tidur pink polka dot tu... lepas tu BOOOMM!! TERUS TIDUR!!

Pukul 6 petang, aku kena kejut.. semua kena pergi rumah coach.. Aku sampai je semua pandang.. Hahah.. Encik Ikram Al Banjari pun ada sekali..



Malam tu, kitorang belajar metafizik.. Tambah dengan mengantuknyaa lagi.. Aku nak hilangkan ngantuk, curi-curi lari pergi dapur ambil dadih coklat makan sorang-sorang dalam bilik. Ahaks. Lepas tu, aku masuk kelas balik..



Habis kelas, kitorang berborak lagi dengan member satu meja.. Actually kitorang dah memang satu kepala gila-gila. Aku berbincang pasal kod jutawan dengan mereka..

Dah habis borak.. plan nak masuk bilik tidur.. Tup tup nampak maryam tengah main piano.. aku pun duduk dengan maryam.. Tak lama lepas tu, Syafiq, Kerol, Haikal, Andi, Ash pun join sekaki.. Malam tu memang kitorang menyanyiiiii jeeee. Yelah malam ni malam last kitorang tidur villa, sebab esok semua pindah DRTC.. Wohoo.. Rasa sedih pun ada sebab dah sayang kat DRC pulak aihhh..

Hari Ketujuh. Khamis, 12/2/2015: Adventure-ness

After breakfast masuk kelas.. Habis je kelas coach buat surprise!! We're going kayaking today wohoo!! Siap-siap bawa baju, terus gerak pergi. Yang paling kelakonyaa, masa nak otw tu ada buat operasi polis ke amende tah.. coach apa lagi buat u-turn. Aku dah tergelak-gelak tengok pakcik yang bawa motor buat u-turn sebab tak pakai helmet. Ahahahah!! So funny..


Coach bawa guna jalan jauh. Memang lalu kawasan ladang kelapa sawit ah masa tu..



Dah sampai destinasi, kena briefing dengan seorang pakcik lepas tu..



Kitorang start angkut kayak tu bawa tepi sungai.. Mula-mula plan aku nak kayak dengan Amani, lepas tu pakcik tu kata kena berpasangan... Pastu aku pun berkayak dengan syafiq. Memang best gila ah masa tu. Syafiq siap suruh aku baring la apa lah.. Then aku dengan Syafiq kayak laju-laju sebab nak kejar Haikal, Amani & Kak Thia dalam satu kayak.





Then aku pakat dengan syafiq, tarik tali sampan haikal.. "Woiiiii!!" kata Haikal.. Aku dah tergelak-gelak dengan syafiq masa tu. Lepas tu we both borak-borak lah apa semua. Then kita dua orang sama-sama kutip sampah atas sungai, perghhh dia ajak aku gotong royong kat atas sungai agaknya masa tu. Tapi aku okayyy je sekepala follow je. Ada lagi cerita pasal syafiq masa kayak.. Lawak gilaaa ahh tak tahan aku gelak bila ingat balik masa tersekat kat rumput-rumput tu, tapi taknak cerita kat sini..



Itulah kenangan yang kira aku takkan lupa la dengan syafiq buat kali terakhir dengan dia. Hmmm.. semoga kau tenang disana syafiq.

                                        

Okay, sorry sambung balik.. Lamaaaa kot aku dgn syafiq kayak-ing masa tu.. Lepas habis kayak, aku dah tak sabar-sabar nak terjun sungai.. Aku rasa aku sorang je kot perempuan yang over dok mandi sungai masa tu. Ahaks, kisah apa aku susah do nak mandi sungai.. Yelah budak bando dapat mandi sungai... Tak puasss!!

Habis mandi sungai.. Aku dengan Amani berlari-lari cop toilet!! Hahaha, last-last kitorang mandi dua orang satu bilik. And sebelah bilik air dakdak lelaki mandi.. Hadooooiiii, memokak je kerja.. Dorang siap nak ugut aku nak ermmm.. adalah tuuu hahahah!! Tak guna punya mamat-mamat!! hahahah!!





Lepas, kitorang semua belajar memanah. Such a good experience I tell you this guys. Dah selesai memanah lepak-lepak kat depan.. kitorang pun selfie wefieee ramai-ramai..






Sampai villa, aku terus terjah bilik air mandi sekali lagi.. Dah mandi apa semua, kitorang semua makan tengah hari. Then, ada class & cash games memang wajib.. Dah nak dekat maghrib sikit, kitorang semua gerak DRTC..

Sampai je DRTC, angkut bag masuk dorm.. Arghhhh!!! rindu giler bakhang dekat katil kesayanganku.. Then, Amani & I pergi dating dengan encik Mesin Basuh..


Hasil mandi sungai bawah panas terik = Legam.


Malam tu, elektrik dekat dewan takde.. WIFI pun takleh bukak. Damn it!! Hahah, coach ajak lepak dalam rumah villa dia. Hmm.. mengantuk gilaaaa masa ni, tapi just gagahkan mata supaya tahan..
Yang takleh blah, masa coach nak buat ayat touching dia suruh tutup mata.. Aku pun dengan suka hati mengambil kesempatan untuk tidur.. Lepas tuuu.. "Krohhh krohhhh" Rupanya iskandar berdengkur tido HAHHAHAHAHAHA lawak siot masa tu adoii. Spoiled je hahah..

Coach seorang yang baik hati, dia suruh masuk dorm tidur.. Balik-balik dorm, rasa macam tak mengantuk pulak alahai.. Aku dengan Amani apa lagi, pergi buat coffee duduk kat kantin.. borak-borak.. Habis coffee terus tidur..

Comments

Popular Posts