Bizcamp family(BCF): Part 1.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum..
Khamis, 5 Februari 2015. Malam itu hati seorang gadis bagaikan melompat-lompat kerana tidak sabar-sabar untuk mengemas segala persiapan. Ya, gadis tersebut akan pulang ke "kampung halamannya" esok pagi. Gadis itu otp dengan rakan baiknya iaitu Amani pada malam itu. Mereka berdua akan berjumpa semula esok, yeayy! Niatnya si gadis tersebut mahu tidur pukul 10, tertangguh sehingga pukul 2 pagi semata-mata mahu menyiapkan bagasi.
Hari pertama. Jumaat 6/2/2015: Excited
Hari pertama. Jumaat 6/2/2015: Excited
Tepat jam 10.00 pagi, bas maju express sudah pun bertolak dari TBS menuju ke destinasi iaitu "Muar" Yeahhh!! Setibanya sampai di stesen bas, aku pun menunggu "ayah" dengan sabarnya. Sedang elok membelek phone, tiba-tiba ada mesej masuk. Oh Kak Yasmin rupanya.. dia minta tolong aku untuk tegur seorang peserta baru bizcamp. Iskandar namanya, huhu. Sedang-sedang berborak dengan peserta tersebut, muncul lah kereta ayah untuk "mengangkut" kami menuju ke D'impian Country Resort.
Pada mulanya, hati bermonolog "Alaa kenapa tak buat dekat DRTC.. bosan la DRC. Dah la takde wifi!! Washing machine pun takde!! Haih.." aku mengeluh dalam kereta. Bila dah sampai DRC, aku pun bersalamanlah dengan Kak Yasmin. Selepas sesi sign kontrak tu (kontrak kepala hotak dia) aku pun diberitahu kak Yasmin bahawa sudah ada 3 orang peserta perempuan yang dah sampai..
Bila aku masuk bilik, ada tiga orang anak dara. Okay aku pu apa lagi tanpa segan silu pun tegur dan berkenalan dengan mereka semua. Kak Fathiah, Kak Hidayah dan Shud. Dorang semua friendly gila. Tetiba dalam hati terdetik "Mana si Amani ni woi..." suddenly ada orang called, eh Amani call! Dia kata lagi beberapa minit dia sampai.. Okay aku pun setia menunggu kekasih hatiku itu. Hahah!!
"Knock knock!!" ada orang ketuk pintu.. aku pun berteriak "Amani!!!!" dan kita berdua pun berpeluk-pelukan sampai aku tak perasan ada mama si Amani. Hehehe.. Lepas dia letak barang sebelah katil aku, kitorang dua pun gerak pergi belakang.
Perghhh!! Bau masakan "mak" rinduu gila!! Dah beberapa hari tak rasa sejak balik dari DRTC bizcamp 1 haritu. Dan aku ternampak coach dengan beberapa peserta lelaki yang aku tak kenal langsung. Before aku menjamah selera, sempat berborak-borak bertanya khabar dengan coach. Seriously rindu gila dekat coach aku yang comel ni hahaha. Tengok muka dorang semua dan aku pun macam "Hmmmm... ni ke dakdak baru? ZzzZz.." sambil mencedok lauk pauk. Ya Allah nikmat gila kot dapat makan..
Lepas aku basuh pinggan, coach panggil aku.. "Syafff!!.. Mari sini.. ajak semua peserta bizcamp sekali", aku pun laju-laju la suruh dorang semua pergi kat coach.. Lah, coach nak tunjuk mereka semua khazanah coach seperti herba-herba, arnab, kambing dan banyak lagi.. Aku pun okayyy.
Lepas aku basuh pinggan, coach panggil aku.. "Syafff!!.. Mari sini.. ajak semua peserta bizcamp sekali", aku pun laju-laju la suruh dorang semua pergi kat coach.. Lah, coach nak tunjuk mereka semua khazanah coach seperti herba-herba, arnab, kambing dan banyak lagi.. Aku pun okayyy.
Lepas tu, kitorang semua disuruh coach untuk pergi ke dewan tamu. Sesi perkenalan pun bermula. Coach pilih Amani start dulu.. dan diikuti aku. Haihh berdebarnya la hanya tuhan yang tahu. Tapi aku just bedal jelah cakap.. And then, sorang kena perkenalkan diri...
Selepas menunaikan solat maghrib, pembinaan kompeni pun dijalankan.. So aku dengan kumpulan aku, amani dengan kumpulan dia. Aku mohon dekat coach "Coach, saya dengan Amani nak satu kumpulan boleh dok?" dan... coach balas "Tak payah, kamu berdua kena asing-asing..." Then I replied "Alaaaaa coach!!" *sambil buat muka sedih.. Hahah takpelah aku redha airways je masa tu.
Dah dapat kumpulan, aku pun berkenalan lah dengan ahli group.. Hakim, Abang Syafiq, Shud, dan Fakhrul. Mula-mula tu aku rasa awkward gila weh serious, tapi dah lama okay la. Lepas carta organisasi siap, kitorang kena buat 300 keping duit tipu menggunakan 1 kertas mahjong.. Pergh gila an? Nak buat mende tah ni aku pun taktau. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.. dengan kerjasama yang baik kerja kitorang siap. Penat der tambah mengantuk lagi.. Dah habis tu, aku cabut lari masuk bilik terus peluk encik Katil.
Dah dapat kumpulan, aku pun berkenalan lah dengan ahli group.. Hakim, Abang Syafiq, Shud, dan Fakhrul. Mula-mula tu aku rasa awkward gila weh serious, tapi dah lama okay la. Lepas carta organisasi siap, kitorang kena buat 300 keping duit tipu menggunakan 1 kertas mahjong.. Pergh gila an? Nak buat mende tah ni aku pun taktau. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.. dengan kerjasama yang baik kerja kitorang siap. Penat der tambah mengantuk lagi.. Dah habis tu, aku cabut lari masuk bilik terus peluk encik Katil.
Hari kedua. Sabtu 7/2/2015: Inspirasi
Pagi-pagi dah kena kejut, selepas bersarapan bersama, coach Bahar ajak pergi satu tempat. Iaitu, kolam air panas. Kalau aku tahu nak pergi kolam air panas, aku takkan mandi pagi tu. Setiba je sampai, coach mulakan sesi meregangkan otot-otot badan. Hebat betul, sampai semua orang kat sana dok tengok je. Aku asyik perhati je setiap seorang peserta. Nak gelak pun ada sebab tengok muka dorang ni semua comel-comel pastu kelakar hahahaha (omg, aku puji ke ni? hehe)
Dah habis mandi semua, The boys je mandi.. without wearing shirts, aku dah macam.. "Kepala hotak korang mandi tak pakai baju??!" Then i thought that kita semua nak gerak balik. Rupanya coach ajak lepak dekat atas pangkin macam pondok. Before aku pergi pondok tu, aku main kat taman permainan yang berhadapan dengan pondok. Lepas tu, coach belanja makan nasi lemak dengan air. Nikmat weh! Haha, oh rupanya ada lagi sesi perkenalan dengan mereka. Semalam punya tak habis lagi. Dan, setiap kali peserta perkenalkan diri, mesti coach suruh aku tanya 'mereka' soalan. So aku pun tanya la soalan yang agak wonderful sangattt haha.. Actually aku pun taktau kenapa coach pilih aku, ahaks.
Dalam pada masa yang sama, ada seorang makcik datang menuju ke arah pondok kami. Makcik Zainab namanya. Kisah keluarga yang diceritakan oleh makcik tersebut sangat menyentuh hati. Aku dah cover habis dah, nasib baik tak menangis. Cuma empangan air mata dapat diselamatkan daripada pecah. Ahahaha!! Makcik tu, bagi banyak nasihat yang bermanfaat.. terima kasih makcik.
Dah nak dekat pukul 12 tgh hari, coach ajak balik villa. Sampai dewan, coach main satu game. Cash games, dia macam pelaburan saham. Aku ni bila bab mengira ni lembab sikit. Tapi bila dah lama-lama main cash games ni rasa macam pro gila.
Okay, lepas makan tak silap kitorang ada buat presentation. Perghhh memang hebat ketiga-tiga kumpulan. The Vortex, Kawtim dengan Suka-suka. Hahahah bila ingat balik asyik nak gelak je. Masa nilah perdebatan antara kumpulan berlaku. Last sekali semua dapat markah sama rata. Okay deal.
Malam tu lepas solat maghrib, kitorang berkumpul dekat dewan balik. Dan aku biasalah dengan selamba badak pakai seluar tido pink polka dot tanpa rasa malu. Ustaz Nizaar ajar pasal feqah. Dan ilmu yang ustaz ajar sangat bermanfaat.. Habis kelas terus tidur.
Hari ketiga. Ahad 8/2/2015: Idea
Ahad, pagi tu semua orang pergi jogging. The girls dah siap-siap. Keluar bilik tengok-tengok the boys tak keluar lagi. Aku dengan Amani dah bengang gila meluru ketuk pintu dorang kuat-kuat. Haihh rasa nak belasah je sorang-sorang masa tu.. hehehe.
Lama sangat tunggu, aku dengan the girls pun pergi menjamu selera. Bila semua dah ready kitorang gerak menuju ke ladang kelapa sawit. Aku dengan Amani nampak motor, kita cilok buat macam harta sendiri merayau satu kampung.. First time ni bawak motor, hahah ala scooter je pun senang sangat nak bawa.
Lepas tu dah jog, kita semua balik villa semula. Dah bersihkan diri, bermula lah sesi pembelajaran bersama coach.
Petang tu, coach ajak makan ABC!! Dah balik villa then ustaz Nizaar sampai. Aku pun berborak dengan ustaz. Borak punya borak punya borak, tetiba timbul satu idea ustaz. "Ada masa terluang ni, cuba awak semua gunakan buat bisnes sampingan.. jual dadih ke.." *TING* bijak betul idea ustaz ni, apesal la tak terfikir dari haritu. Dan dari situlah bermulanya bisnes dadih kami..
Lepas solat maghrib.. Entah hatiku terasa macam nak pakai jubah pulak malam tu, jadi kitorang the girls pun berpakat pakai. Dalam kelas, coach ajar macam mana nak buat public speaking. Masa tu berderau darah aku bila coach kata.. sorang-sorang kena berucap dekat pasar pagi nanti. Aku dah resah gelisah dah masa tu tapi buat-buat cool je. Dan, kelas pun disudahi dengan cash games.
Dah habis kelas tu, aku, amani, iskandar, haikal, andi, kak tia borak-borak. Memang best gila malam tu, aku asyik gelak je.. Sampai haikal tegur "Weh syaf... muka kau dah merah.." Lepas tu semua satu meja pandang.. Hahahah lulz. Pukul 2 lebih habis borak baru masuk tidur.
Hari keempat. Isnin, 9/2/2015: Hye Ayam!
8.30 pagi semua dah berkumpul berbincang pasal pasar pagi. Masa ni coach takde.. dia dengan ustaz ada ceramah dekat tiga buah sekolah.. Masa ni kak yasmin & puan Awin take class, main cash game..
Lepas tu.. baby Maryam pun sampai.. So dia perkenalkan diri dengan semua orang.. time ni dia malu-malu sikit..
Tepat pukul 10.30 pagi tak silap kak Yasmin ajak masak nasi ayam ramai-ramai. Perghhh eksaited gila masa ni. Nak masak nasi ayam ni woi.. Lepas tu dibahagikan beberapa kumpulan.. sup, nasi, sambal, ayam, dan sayur.. Aku group buat sup!! Hahah, best gila serious.. ada bertekak sikit-sikit tapi kitorang gaduh-gaduh manja jeee. Ehehehe..
Petang tu, kitorang semua pergi ke sebuah kilang sebab nak start menjual. Dalam masa setengah jam makanan semua laku jugak akhirnya.. Betapa gembiranyaaa kami masa tu. Aku ni lagi la excited gila, peluang kali kedua menjaja dengan bizfriend family.

Malam tu, kitorang semua share pengalaman menjaja dengan coach. Dalam banyak-banyak memang a lot of pengajaran yang kitorang semua dapat..










Comments
Post a Comment