Sunway Lagoon!!

Hai harini nak cerita pasal event yang diadakan oleh sir Ven kesayangan kami. Ke Sunway Lagoon ke kita. Ok mula-mula, gerak sana dalam pukul 8.30 AM. Sampai Sunway pukul 10.00 AM. Kau kiralah betapa lamanya perjalanan kita orang dalam bas dengan jemnya hanya tuhan yang tahu. Before gerak, sir dah bagi tag masuk dengan voucher makanan free. Gila kau, mana nak dapat murah-murah macam ni.

Thank you so much Sir, kalau tiada voucher makanan comfirm kami kebulur sebab mahal gila. Hm takdelah gila mana pun. Setakat air mineral.. RM 4. Haaaa engko!! Tu baru air mineral. Amacam? Boleh hidup? Hahahaha chill.

Before aku datang sini dah siap plan which places that we should go first. Mula-mula.. Kita orang pergi ushar-ushar  tomahawk. Apak best, tu baru ushar je. Sebelum tu, kita orang tukar baju siap-siap simpan barang penting dalam locker. Sapu sunplay bagai haaaa kau takut berbelang muka.
Okay, first place.. kitorang masuk dalam tomahawk.

 Aku punyalah excited tengok orang main. Masuk turn kitorang, masa dia gayut sikit-sikit tu aku punyalah menjerit sebab sukaaaa!! Dah sampai tahap dia stop kat atas sekejap.. Aku rasa nak muntah, loya, nak terjatuh pun ada. Eh bongok betul, dah lah dia pusing 360° memang gugur jantung. Time tu dah tak menjerit. Aku dengan nadia duduk diam mulut terkunci. And aku pegang benda handle tu, dah lah longgar..

Seram bhai pandang bawah. Kau bayangkan kepala kat bawah, kaki kat atas, dah lah duduk tepi sekali.. Ya Allah serius masa tengah type ni pun aku terasa tahap keapungan berada di puncak langit masa main tomahawk tu. Habis je main game tu, kitorang cerita 'what i feel' masa main benda tu. Semua share cerita.

And then second place, kita orang naik cawan berpusing. Mula-mula dia slow.. Aku berlagak mulut macam longkang cakap "hek eleh cenni je? Asal slow sangat doh? *sambil gelak*" Dah sampai satu tahap klimaks, cawan tu pusing laju nak mam.. Aku dah macam orang gila dengan kepala kebelakang nak terbang.. Haaa tulah berlagak lagi. Pening doh naik benda tu.

Okay lepas tu third place kitorang pergi scream park, kena beratur. Turn kitorang, first-first dalam tu. Dah terperanjat!! Fariza dengan aarti nak lari keluar. Aku tarik dorang masuk dalam balik!! Si Nadia dah macam orang gila peluk aku.. Jalan.... Jalan.... Sampai habis. Aku & Maahirah relaks je jalan. Nadia, Aarti & Fariza huish hahahahaha kalau ada video aku nak je rakam. Tapi aku cakap memang tempat ni aku bagi rate 5 star lah.

Sound effect dia kuat nak mati. Boleh sakit jantung. Aku cakap kat dorang time tengah jalan "Nasib baiklah ada air cond.." Tetiba sekali ada puntianak terjah.. Aku TERjerit!!! dan terus lariiii dengan fariza!! Haha. Banyak lagi cerita dia. And jalan dia memang panjang. Masa last sekali ada zombie pegang gergaji. Terjah secara mengejut..

Aku melompat sebelum semua lariiiii keluar. Aku lari sampai luar.. Nasib pula time tu ada orang kat luar tengah beratur nak masuk scream park dok tengok kitorang lari pastu dorang gelak. Eh kauuu gelak eh! Ko tunggu lepas ni turn kau! Haaa.

Okay then forth place, kitorang ride gold roller coaster. Eh hello semua tempat kena beratur uolls. Tapi memang best doh!! Rasa terapung, melompat kau!! And laju!! Masa train masuk dalam terowong tu suara aku je yang terjerit-jerit "wohooo!!" yang lain asal slow sangat aku pun tak tahu. Tidur kot. Hahahaha..

Lepas tu, kitorang dah lapar gila. Makan dekat Marrybrown, sedapnya time nilah nikmat yang amat sebab dari pagi tak jamah apa-apa pun.

Lepas habis tu, aku ajak pergi try 5D Waterplexx memang best doh!! Wayang dia ya Allah best sangat!! Habis lencun rasa macam real adventure sebab pakai spek dengan ride boat dekat lautlah pirate, dinosaur, mermaids lah and banyak lagi. Keluar memang basah habis doh!!

Then kita orang redah surf beach, ada ombak besar.. Aku pun mencuri kesempatan untuk berenang seperti dugong. Hahahah bestlah lagi-lagi dengan member yang gila-gila. Then kitorang try Vuvuzela the largest in the world kauuu!! Memang beratur panjang gila naik bukit. Time our turn, wohooooo!! Bapak best, rasa macam nak terbalik. Menggelosor dalam gaung besar tu. Bapak best lah wehh!!

Terbaik 1000 star aku bagi. Then, we try Water Slide. Besssstttt time ni ada moment lawak pasal Aarti dengan Fariza. Hahaha tolong.. aku tak nak gelak sampai terberak cerita benda tu. And then, kitorang lalu the long bridge memang seram jugak. Anginnya, dapat mengeringkan wide shawl aku yang basah.

Lepas tu masa Flying fox, memang satu jam kita orang tunggu kat atas jambatan tu. Time ni dah nak mendung.. Tiba jer turn aku nak turun fly, memang aku tanya macam-macam kat coach tu. Haha thanks coach for the info. Then aku turun fly merentas beach tiruan yang terdapat disitu ramai orang dan menjerit "Wohoooooo!!" bapak laju doh!! Huish takpe, PLKN ada lagi hahahahaha.

Then, sampai bawah dah habis fly, aku terjun dalam pantai buatan.. Main tolak-tolak dengan dorang yang gila ni.. Haaa kau tolak aku, aku tolak kau balik, baling pasir, main kejar-kejar tepi pantai.. Sampai tak sedar ada budak is dok pandang.. Ahhhh lantak lah dorang. Haih apa pun memang best lah. Priceless moment.

Lepas tu kitorang masuk dalam Waves balik.. Time tu hujan turun. Aku dengan dorang watlek je main-main lagi. Penjaga dah dok tiup wisel.. Aku rasa dah dekat 10 kali dia tiup. Aku buat lek je mandi dalam hujan lebat sambil berenang menyelam dengan member.

And penjaga tu dah malas nak layan karenah kitorang dia biarkan aje kitorang main air ombak dalam hujan. Best woiiiiii! Sampai tak teringat bag!! Aku berlari dengan si nadia selamatkan beg kitorang. Memang basah ah semua. Around 88% baju dalam beg basah. Cilakak sangat kan haaaaa.

Before tukar baju tu kitorang lepak makan subway dulu. Lapar weh, tak cukup dengan waffle, apple pie + ice cream masa tengah hujan. Hahahah orang pandang aku pelik je.. Dengan shawl yg dah macam taik cicak mak nenek..

Dah habis semua, kitorang pun tukarlah baju dan balik. Aku ada ambil gambar budak-budak dalam bas yang muka dah macam...... Tut!! Sebab yelah penatkan.. Nanti aku tunjuk! Hahahaha.. Dalam bas mula-mula aku nak lentok.. Ingat kan dah sampai rupanya belum!! Jammed bak ang!! Dah nak sampai tu..

Aku yang duduk sebelah fariza cerita pasal benda lawak masa kat sunway. Pasal kentotlah and more.. Mengekek-ngekek aku dengan fariza gelak. Sorry lah member-member yang dalam bas, kalau suara aku kuat sangat gelak.. Aku kalau gelak tak menahan... siap tampar-tampar peha. Hahahaha.

So this is the end of our story. Banyak sangat lagi sebenarnya nak cerita. Aku dah lah demam ni. Malas nak type. Tapi aku gagahkan juga. So it so, till we meet again soon. Bye-bye and assalamualaikum.

Comments

Popular Posts