Rindu aku dah bergunung.

Maths Clinic Wangsa Maju. Alahai banyak sungguh kenangan yang tak dapat aku lupakan. Rindu. Sedih masa last day seminar. Siapa yang perasan aku, dia tahulah muka aku macam mana masa balik tu. Sayu gila wa kata lu.. Yelah setiap pertemuan mesti akan ada perpisahan. 

Terlalu banyak kisah-kisah sampai packed sudah kotak hati memori dalam diri. Nak cerita, meman takkan sama seperti yang dilalui, dirasai dan di amende tah. Walaupun aku dengan mereka-mereka ni tak pernah bertegur sapa, tapi dalam hati masih ada rasa sayang sebagai kawan okay! Hampir 12 bulan kami belajar sama-sama dalam satu kelas. 

Tapi, mungkin tahap keberanian nak menegur mereka semua agak tak sampai tahap klimaks. Just certain budak je aku tegur. Hm. Walau apa pun, wajah-wajah mereka akanku simpan baik-baik dalam hati. Aku kenal dorang ni semua. Cuma dorang je tak kenal aku. Eh, nama kau.. sekolah kau.. pun aku tahu ya. Kau jangan main gila. Aku ni kan profesional dalam bab-bab stalk orang ni. 

Akhir sekali, cuma nak cakap. Aku sayang gila dekat mereka-mereka ini sampai.. Ke angkasa dan kembali.. (sambung nyanyi lagu Angkasa) Ya, lepas ni tak jumpa dah korang semua. Melainkan jodoh kita masih kuat bertamu di kalbu. Bapak lah ayat kau Syaf hahahaha!! 

Ada jodoh jumpa lagi ya kawan-kawan seperjuangan. Jodoh itu ada dimana-mana. Hahaha! Video aku copy url. Semoga berjaya! Salam sayang daripada, kawan yang kau tak pernah tegur tapi tegur melalui main-main mata sahaja. HAHAHAHAHA sakai tahap kambing. Kbye, xoxo.

Comments

Popular Posts