Hati bermonolog sendirian.

Kadang-kadang terdetik dalam hati. Melihat mereka yang umurnya sebaya dengan kita, ada di kalangan mereka sedang bersuka-ria kerana mempunyai orang kata "boyfriend/girlfriend" atau bak kata ustazah Hayati kesayanganku "buayafriend".

Sedangkan aku hanya duduk diam dan mengharapkan notifications datangnya dari seseorang yang kita suka dalam diam. Arghhh! Itu semua cinta monyet. Nasib baik cinta itu tidak membesar seperti potato kalau tidak boleh menjurus ke arah cinta orang utan.

Tapi bila fikir dua kali kuasa dua balik, mungkin Tuhan sedang menguji diri hambaNya. Dia sangat sayangkan hambaNya. Sebab itu Dia tak datangkan seseorang yang kau "inginkan" itu kerana ia boleh membuatkan engkau lalai dengan hal dunia.

Jauh mana pun kau pergi, jauh mana pun kau lari untuk bersembunyi. Tapi kalau dah jodoh, takkan kemana punya. Dan sekarang aku sedar, belum tiba masanya lagi untuk semua itu.

Sebab aku tahu, aku belum cukup sempurna untuk menjadi hambaNya yang solehah. Masih merangkak-rangkak dalam mengerjakan ibadah. Hm bila fikir dalam-dalam balik, "Kenapalah lalai sangat aku ni" bermonolog dalam hati.

Semoga hari-hari yang akan datang dipermudahkan dan diberkati oleh Dia. Amin.

Comments

Popular Posts