Nisa

Nisa Najiha Binti Safian.
First time kenal gitu-gitu je. Budak aerobik rumah sukan, percaya tak aku pun budak aerobik dulu? Kelakar pula bila flashback. Menari macam monyet je aku rasa. Kalau bakal suami aku tengok video aku aerobik, mahu tergelak sampai terkentut dia.

Okay back to our topic, dah macam blogging je ni dah kenapa? K. Nampak tak, ketinggian tu dah macam anak aku kan. Haa nica ni, senang cerita minah yang agak innocent la masa mula-mula tengok dia. Aku tak taulah siapa yang tegur siapa dulu. Tapi, sejak dari tu kita orang jadi rapat. Rapat. Dan rapat sampai sekarang even lain-lain kelas.

Sedih jugak sebenarnya duduk lain kelas ni sebab mesti akan ada member baru yang must be lebih rapat. Tapi alhamdulillah la. We're still close. Sebab selalu jumpa. Kira macam our bonding time selalu ada lah sebab selalu tusyen sama-sama. Kutuk orang nombor satu. Sehari kalau tak mengata tak sah.

Eh jap, tangan aku tetiba kebas...


Budak ni aku tak tau lah nak describe cam mana, nak cakap comel tu. Macam tak sampai 99% sebab... adalah. Lepas tu lepas tu, nampak je ayu tapi perangai boleh la. Nak kata ada jugaklah sometimes cam puaka. Tapi dia baik. Seriously tak tipu. Baik tang mana? Ha tang tu la.

Budak ni jenis hati konkrit sikit sebab susah nak jatuh hati pada seseorang. Amboi nyah, kau tengoklah nanti dah jumpa someone that you'll marry, mesti hati hang jadi lembut macam softlan haa getew. Menyampah mak.

Whatever it is, aku sayang kau. Even though I know that one day, we're going to be someone else bestfriends. Sedih pun ada sebab this is the last year we study together. Nanti susah nak jumpa bila masuk universiti jauh-jauh. Aku kat England. Ceh. So aku taktau lah kau plan nak pergi South Africa ke Bangladesh ke apa. If ada jodoh kita jumpa ye intan payung berkarat.

Semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke anak cucu cicit dan ke syurga. Fulamak ayat tak sah takda bunga tersirat. Ok dah, aku nak mandi. Kau tu entah-entah tak mandi dari semalam, pi mandi. Dah macam bau belacan made in Thailand.

Comments

Popular Posts